Kereta Bernilai 1 Juta Disangka Hadiah Perkahwinan Izara, Tetapi Rupa-Rupanya…
Adib Khalid, 27 yang merupakan anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, menafikan bahawa dia dan bakal isterinya, Izara Aishah telah menerima hadiah berupa sebuah kereta mewah berharga RM1 juta sempena perkahwinan mereka.
Adib memberitahu “kereta mewah Rolls Royce model Phantom itu hanya dipinjamkan oleh abang sulungnya, Anas Khalid untuk digunakan sempena majlis perkahwinan mereka” menurut akhbar Kosmo.
“Kereta tersebut bukan hadiah kahwin. Sebaliknya kereta itu hanyalah pinjaman untuk kami melakukan penggambaran sebuah program perkahwinan bagi siaran Astro”.
“Rolls Royce diberi pinjam oleh abang saya, Anas untuk tujuan itu selain akan digunakan untuk perkahwinan kami sehingga selesai semua majlis,” jelasnya.
Sebenarnya, berlaku salah faham dengan laporan berita tersebut kerana adiknya Asyraf Khalid yang memuat naik video di Insta Story. Adiknya hanya bergurau dengan mengatakan bahawa ia adalah hadiah perkahwinan mereka.
Sebaliknya, Adib dan Izara Aisyah sendiri tidak berkongsi apa-apa video atau gambar di Instagram.
Asyraf sahaja yang memuat naik video tersebut. Niatnya sekadar bergurau dengan mengucapkan tahniah kepada kami kerana dapat hadiah kereta,” katanya.
Semoga kedua mempelai ini bahagia hingga ke anak cucu.
sumber: https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2017/11/351446/izara-adib-dapat-kereta-rm1-juta
0 comments:
Post a Comment