Saturday, 11 November 2017

Filled Under:

Remaja Lelaki Berusia 19 Tahun Menyamar Sebagai Juruterbang Dan Cuba Raba Payudara Gadis


Remaja Lelaki Berusia 19 Tahun Menyamar Sebagai Juruterbang Dan Cuba Raba Payudara Gadis




Kes penyamaran adalah kes yang tidak asing lagi pada zaman sekarang. Tambahan lagi apabila ada sesetengah pihak mengambil kesempatan akan penyamaran mereka dengan menipu dan mencabul orang. Menjijikkan dan sukar dipercayai bukan?


Percayalah kes sebegini kerap kali berlaku dan contoh yang sesuai boleh dilihat pada penyamaran yang dilakukan oleh seorang remaja lelaki yang berasal dari Singapura.




Sumber: Nextshark



Sit, 19 tahun bertindak menyamar sebagai seorang juruterbang Singapore Airline dan penyamarannya itu terbongkar apabila dia ditahan pihak polis gara-gara mencabul kehormatan gadis berusia 15 tahun sewaktu berada di Hong Kong,lapor Nextshark.



Penyamaran Sit terbongkar apabila dia bertemu gadis berkenaan di sebuah kafe pada 10 September lalu. Sit kemudian memulakan agendanya dengan memberi alasan bahawa bateri telefon bimbitnya mati dan menyuruh gadis itu untuk menemaninya mengambil pengecas telefon miliknya di lapangan terbang.

Dek kerana begitu naif, gadis tersebut dengan pantasnya bersetuju dengan pelawaan Sit dan mereka kemudian menaiki bas menuju ke lapangan terbang.Sewaktu di dalam bas, Sit mula melempiaskan nafsunya dengan meraba payudara gadis berkenaan.




Terkejut dengan tindakan Sit, gadis itu terus menjerit meminta pertolongan dan Sit serta merta menghentikan perbuatannya itu. Gadis tersebut kemudian membuat laporan polis pada 13 September atas insiden yang menimpanya.

Ekoran laporan yang dibuat, Sit kemudian ditahan oleh pihak polis dan selepas disiasat ternyata bahawa Sit selama ini adalah seorang penyamar. Polis telah menemui kad pengenalan palsu yang menyatakan bahawa dirinya adalah seorang juruterbang “First Officer” Singapore Airlines. Haih dasar penipu!




Sumber: Nextshark



Sit juga dipercayai telah menipu seramai 50 orang apabila berita penangkapan tersebut tular di media sosial.



Menurut Asia Times, lelaki berkenaan menggunakan status ‘pilot’ untuk menarik perhatian mangsa-mangsanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Macam itu ya modus operandi awak, Sit. Kepada orang diluar sana, mohon berhati-hati kalau nak berkenalan dengan orang. Jangan jumpa yang macam Sit sudahlah…



Sumber: Nabilla Raihan

_____________________________________

[Artikal KECOHSANGAT Lagi DiBawah]

Wanita Ini Bongkar Sikap Lelaki Gatal Yang Suka Memperdaya Wanita Muda dan Naif





Jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Boleh jadi seorang lelaki yang berketerampilan baik itu sebenarnya si gatal yang sedang mencari mangsanya. Dan kali ini si miang tersebut bernama Azzan, lelaki yang giat mencari mangsanya dari kalangan wanita yang naif, bertubuh kecil dan lurus bendul.

Tora Chee ataupun lebih dikenali sebagai Torachi, seorang blogger, cosplayer dan juga peminat kartun anime telah berkongsi tentang hal ini kepada komuniti Anime, Comic and Games (ACG) di Facebook akan sikap buruk Azzan.

Sumber: Facebook



Menurut Tora Chee, lelaki miang tersebut mengganggu sahabatnya, Sayako.




Lelaki ini rapat dengan rakan saya sejak kebelakangan ini. Rakan saya ini seorang yang naif dan juga berotak kosong! Dia tidak dapat membezakan antara lelaki yang baik dan jahat. Dia juga sering memberitahu kami akan komen-komen pelik dari lelaki ini.”

Sumber: Facebook





Sumber: Facebook



Tapi kalau anda sangka Azzan ini benar-benar menyukai Sayako, anda salah. Lelaki miang ini pernah juga mendekati wanita lain, termasuklah Tora Chee sendiri!

Kata Tora Chee lagi,




Saya sendiri pernah diganggunya dengan komen berunsur gangguan seksual yang berani bercakap mengenai bahagian payudara saya. Lelaki ini juga pernah menyekat saya dan beberapa kawan rapat Sayako dari laman Facebook, selain dari cuba memanipulasi Sayako untuk memutuskan perhubungannya dengan kami dengan memberitahu betapa biadapnya sikap kami.”


Sumber: Facebook



“Kali terakhir kami bercakap dengannya ialah ketika seorang sahabat menegur sikap Azzan yang suka memberi komen mengenai bentuk tubuhnya. Saya juga ikut serta memberi komen mengenai betapa ngeri perangainya itu,” katanya.

Namun Azzan bertindak pantas dengan menyekat akaun kedua-dua gadis itu dan terus memanipulasi Sayako dengan mengatakan dia dan sahabatnya berniat jahat. Huh, gilanya lelaki ni!

Melalui status perkongsian Tora Chee, kebanyakan netizen daripada komuniti ACG juga menceritakan sikap Azzan yang suka mengganggu perempuan di media sosial.



Pun begitu, akaun Facebook Azzan tidak dapat diakses lagi selepas kisah ini tular di media sosial. Tora Chee juga sempat memberi peringatan kepada gadis-gadis di luar sana untuk berhati-hati dengan lelaki ini. Azzan selalunya mendekati gadis yang naif, bertubuh kecil dan berusia 25 tahun ke bawah.

Hati-hati kalau nak bersahabat di media sosial. Lagi bahaya kalau kita tak pernah tengok wajahnya atau jumpa orang tersebut secara personal. Dunia sekarang ni macam-macam!



Sumber: Syaidah Ismail

______________________________________

[Artikal KECOHSANGAT Lagi DiBawah]

Lelaki Kantoi Rakam Gambar dan Video Bawah Kain Perempuan di Mid Valley



Makin lama makin tidak selamat untuk semua wanita di luar sana kerana setiap hari ada sahaja kes rogol, kes cabul atau kes lelaki miang yang merakamkan aksi atau gambar anda.

Baru-baru ini, seorang lelaki miang kantoi dengan mangsa ketika merakamkan video bawah kain gadis itu. Menurut World of Buzz, insiden tersebut berlaku pada 4 Ogos lalu dan mangsa telah menggunakan platform media sosial untuk memuat naik kisah pengalaman yang dilaluinya itu.


Sumber: Facebook



Meskipun perkongsian itu sudah dipadamkan, namun terdapat Facebook pagesempat memuat naik video tersebut. Gadis itu menulis,



“Insiden memalukan ini berlaku di Mid Valley Megamall, Tingkat 2 kira-kira jam 8.10 malam ketika saya berdepan dengan seorang lelaki miang yang cuba merakamkan video bawah kain saya. Dia berkelakuan mencurigakan tetapi saya tidak perasan sehinggalah rakan saya menyedari bahawa dia sedang berdiri sangat rapat dengan saya. Rakan saya kemudian segera mendapatkan suspek dan merampas telefon bimbitnya.”


Sumber: Facebook



“Saya ambil telefonnya dan nampak dia telah merakamkan banyak video bawah kain saya dan saya menyedari bahawa saya bukanlah satu-satunya mangsa lelaki itu kerana terdapat banyak lagi gambar dan video di dalam telefonnya. Berhati-hati dengan lelaki ini!”

Perkongsian itu turut mempunyai video yang menunjukkan lelaki itu memakai pakaian pejabat membuatkan netizen memberi komen bahawa kita tidak seharusnya menilai seseorang itu hanya dengan melihat penampilannya. Mangsa turut menasihati wanita lain di luar sana untuk memakai sejenis seluar supaya dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa lelaki miang seperti itu.



Sumber: Facebook

Sumber: Facebook



Gadis itu turut merakamkan rakan lelakinya cuba memegang mangsa kerana dia mencuba untuk menutup mukanya sambil memohon maaf di atas perbuatannya itu. Bagaimanapun, mereka tidak mempedulikan kata-katanya dan terus membawanya ke balai polis di Mid Valley Megamall untuk membuat laporan polis.Padan muka !

Berhati-hati ketika berada di kawasan terbuka sebegitu. Terutamanya jika anda memakai skirt!



Sumber: Sue Idris





0 comments:

Post a Comment